Halaman

Sabtu, 30 Mei 2009

DI MANAKAN KU CARI GANTI DIRIMU SAYANG

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Sabtu, 9 Mei 2009

MESSAGE BUATKU DARI INSAN TERISTIMEWA


Sayang..

Selamat Hari Ibu. Terimakasih kerana menjadi ibu kepada anak-anak abang. Ayang adalah ibu yang sempurna dunia akhirat. Abang cintakan ayang dunia akhirat.

Selamat Hari Ibu,

Bidadariku.....


Terimakasih Suamiku..

Tanpamu takkan mungkin aku bergelar ibu....

Ayang cintakan abang dunia akhirat..

SELAMAT HARI IBU BUAT INSAN BERGELAR IBU


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
embira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun,
terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Khamis, 7 Mei 2009

KISAH CINTA SEORANG SUAMI


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan.

Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ........."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya."Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta? Suamiku bagaimana dirimu.....

KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN

(Dipetik dari buku “Amalan harian sepanjang zaman” oleh Al Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus)

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran - Dalam sembahyang - 100 kebajikan. Di luar sembahyang berwudhu’ - 50 kebajikan, Tanpa wudhu’ - 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.
7. Keselamatan daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin’ Syuhada’ dan Solihin.
13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.
15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.


17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 raka’at.
21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.
23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Masa-masa yang diutamakan membaca Al-Quran
1. Di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama.
2. Di antara Maghrib dan Isya’.
3. Sesudah sembahyang Subuh.

Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah

A. Tiap-tiap pagi dan petang
1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akandibina sebuah istana di syurga;
2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara yang tidak diingini;
3. An-Naas - sama seperti A-Falaq;
4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan;
6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

B. Tiap-tiap malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) - Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)
4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) - pahala membaca seumpama separuh Al-Quran.
5. Al-Ikhlas
6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) - dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) - diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.

C. Sebelum tidur
1. Al-Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;
2. Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;
3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) - diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;
4. As Sajdah (juz 21 surah 32) - diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat daripada surah lain;
5. Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.


D. Bacaan pada setiap malam dan siang

1. Yassin;
2. Al Mulk;
3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan;
4. Ad Dukhan


E. Tingkatan pembaca Al-Quran

1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam;
2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat;
3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat;
4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat;
5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat;
6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat.

E. Keutamaan surah-surah lain
1. Ali-Imran - jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaan di hari kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya;
2. Al-Hasyr - jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu, mendapat pahala mati syahid.
3. A’la (juz 30 surah 100) - menyamai separuh Al-Quran;
4. An Nasr (juz 30 surah 110) - menyamai seperempat Al-Quran;

KEBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
v Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
v Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
v Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
v Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
v Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
v Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
v Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
v Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
v Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
v Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
v Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
v Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
v Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
v Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
v Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
v Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
v Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
v Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
v Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba,
Ø Tiupan 11 - Hancur,
Ø Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
v Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
v Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
v Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
v Ayat 76 Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
v Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
v Ayat 78 - 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
v Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
v Ayat 82 - Untuk Hajat Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air 100x) Dan berdoa apa sahaja hajat Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

-----------------------------------------------------------------
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
----------------------------------------------------------------------
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
v Yasin is the jantung of Al-Quran
v Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
v Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
Ø Child is sick
Ø Feeling troubled.
Ø Memudahkan urusan
Ø Memudahkan perjalanan
Ø As selusoh (to ease pain when giving birth)
§ Read Yasin 3x over water
§ Read 3 Qul (three times each)
§ Fatihah
v Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x
v Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnyasekali, sekira
v Mati dalam tidur, dosa diampunkan.


Ayat 9 - "Wajaalna...."
v Lindungi rumah dari pencuri, baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
v Lindungi diri dari dianiaya
v Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
o Baca Ayat 9
o Fatihah
o Read 3 Qul (three times each)
o Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak
menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh:
v Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
v Ya Wadud (3x)


Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota, tak tenang hati
Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
v Tulang patah
v Sakit sendi
v Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
v Jika mandul
v Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
v Sembahyang tahjud
v Sembahyang hajat
v Doa minta hajat
v Baca ayat 100 x dengan yakin
v Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
v Seperti di atas
v Bila baca ayat, tiup dalam air
v Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum
v makan/minum benda lain
v Doa sambil minum
v Untuk 41 pagi

Dalam YASSIN merangkum:
v Ilmu Pertanian
v Ilmu Falak
v Ilmu Laut
v Ilmu Kiamat
v Ilmu Ciptaan Manusia
v Ilmu Binatang
v Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur(terutama ayat 12).

2 sebab kenapa kita perlu baca:
v agar orang yang sakit berada dalam kesenangan, dan
v orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua.

Rabu, 6 Mei 2009

CHAR KUETIAW SEDAPPPP

Bahan-bahan
(skali msk utk 1 org je)
1) Kuetiew
2) sdikit taugeh
3) cili kering / cili boh (1 sudu) - bancuh dulu ngan 1/4 cawan air
4) daun kucai skit
5) kicap char kuetiew bukit mertajam (7 sudu besar)
6) 1 biji telur ayam
7) udg 3,4 ekor
Cara masak
~ letak minyak dlm kuali. goreng udang trlebih dulu. Angkat udg yg dh digoreng itu.
~ (Guna minyak yg sama). Masukkan cili yg dibancuh air td. Kacau hingga msk cili tsebut.
~ Kemudian, masukkan taugeh & daun kucai. Trus masukkan kue tiew (segenggam dh cukup)
~ kacau, kemudian ketepikan skit dlm kuali tu. Pecahkan telur dlm kuali & masuk kicap
tersebut.
~ kacau cpt2 telur dgn kue tiew td tu supaya x bketul. Gaul dgn kuetiew/udg td & trus tutup
api..

KEK MARBLE

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
bahan B
230 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko
80 ml susu segar/fresh milk
Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.

Ahad, 3 Mei 2009

Hak Seorang Wanita Dalam Islam

Wanita dalam Islam sangat dihargai dan dihormati, sangat berbeza dari anggapan yang tidak benar dan menyimpang yang tersebar luas di antara para non muslim di seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat, amnya. Tidak dapat kita nafikan, wanita adalah makhluk Allah SWT yang sangat istimewa kerana terdapat surah yang khusus untuk wanita di dalam al-Quran, iaitu surah yang ke 4 daripada 114 surah al-Quran yang di sebut surah An-Nisaa'.Sebelum datangnya Islam, wanita secara umum tidak dianggap kewujudannya dalam banyak masyarakat di seluruh dunia. Sebenarnya, ia memerlukan waktu berabad-abad lamanya bagi wanita untuk memperoleh hak-hak yang setara dengan lelaki, setidaknya secara teori, jika bukan dalam praktik. Tapi perjuangan untuk mendapatkan kesetaraan gender yang sepenuhnya belum lagi berakhir. Dalam perjuangan ini, banyak pihak yang menunjuk Islam sebagai salah satu penghalang terbesar bagi pemenuhan hak-hak perempuan. Tapi, jika kita mencarinya dalam Qur’an, tampaknya bukan itu masalahnya. Masalahnya terletak pada adat istiadat konservatif tradisional yang ada dalam masyarakat yang tidak menerapkan visi Qur’an tentang tingginya martabat kaum wanita. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim (kekeluargaan) . Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 1)

UNTAIAN RINDU BUATMU KEKASIH



Kusingkap tirai potret cinta

Kutatap sayu untaian rindu

Gelora jiwa meruntun hiba

Ingin selalu bersamamu

Sulaman kasih bertaut sayang

Gersang hatiku di danau kesepian

Belaian kasihmu melarik ingatan

Beradu di mahligai impian

Hapuskan sepiku di titian cintamu

Agar kuntuman rinduku

Bisa mengukir jambangan cintaku

Untuk kupersembahkan

Buatmu sayang...

Kalimah syahdu kudendangkan

Lantaran kutitipkan

Hembusan rindu di angin lalu

Mengertilah bisikan hatiku.