Halaman

Jumaat, 24 April 2009

Redhailah Aku Ya Allah.....


Sedihku

sakitku

ku terima

Ku rela

ku pasrah dengan jalanku


Inilah suratan aku diduga

Demi rahmat-Mu ku memohon


Ya Allah redhailah ketulusan hatiku

Ya Allah beri aku ketabahan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi rahmat-Mu Ya Allah


Ya Allah redhai lah aku

Ya Allah beri aku kekuatan

Ya Allah aku sanggup berkorban

Demi keredhaanMu Ya Allah

Rabu, 22 April 2009

BUAH CINTA AKU DAN SUAMIKU....

Abd Rahman Sudais dilahirkan pada 17 Mac 2009, setelah 9 tahun kami tidak mempunyai anak kecil. Pada awalnya terasa sangat kekok. Dan kini setelah sebulan berlalu, kehadiran Aisy sangat bererti dalam hidup kami dan hati kami....



Wahiduzzaman , cinta ke empat kami... Lahir pada 14 Januari 2000. Sangkanya inilah yang terakhir.. rupanya tidak. Baby.. Akid.. Sekarang dah tak boleh panggil baby lagi sebab akid dah ada baby....
Pemikirannya tak tercapai akalku...






Amirah Fatin dilahirkan pada 24 Mei 1997. Sekarang dah di tahun 6. UPSR tahun ni...
Suka melawa. Ada sahaja fesyen yang digayakan. Kena pulak tu.... tak nak lah jadi model ya.. Ibu nak adik jadi ustazah






Khairunnisa'..... Sebaik-baik wanita. Seindah namanya. 25 November 1994. Anakku yang sangat ku banggakan. Prihatin, bertanggungjawab dan walaupun baru di tingkatan 3, dia bersikap dewasa. Dia membuktikan dia adalah wanita...





Muhamad Afiq.. Putera sulong kami. Lahir pada 19 November 1992. Dengan berat 1.75 kilo secara pembedahan kerana aku ada masalah semasa mengandungkannya.
Bertanggungjawab tapi masih keanak-anakkan... Tak apalah moga kau cepat dewasa...




Anak-anakku... Semoga Allah merahmati, memberkati dan memberi rezeki yang melimpahruah di sepanjang hidupmu. Jangan sesekali kau berpaling dari jalan Allah... Hidupkan hati mu sentiasa dengan mengingati Allah... andainya ibu tak sempat melihat kalian dewasa.. Ibu harap kalian sentiasa ingat pesanan ibu... didikan ibu... Jangan sesekali melupai Allah. Apa sahaja yang Allah beri.. adalah yang terbaik buat diri kita. Berdikari, percaya kepada kemampuan diri kita, jangan mudah mengalah , bersungguh-sungguh dan yakinlah , kejayaan adalah milik kita. Mudah-mudahan anak-anak ibu berjaya di dunia dan di akhirat... Ibu telah mengampuni kalian , apa pun dosa yang telah, sedang dan akan kalian lakukan pada ibu... kalian tiada dosa pada ibu....


Ibu sangat mencintai kalian.... Kalianlah yang menyebabkan ibu sentiasa hidup...

Khamis, 2 April 2009

GENG 6 JAHANAM- teruknya....


Mardyana


Saadiah


Norsiah



Maziah





Roslan









Jaraod

Sahabat-sahabat KSPK IPDA , Kedah 2007

Antara rakan-rakan teman pelajar lelaki. Paling handsome siapa lagi, mestilah suamiku. He he.. yang lain jangan mare... Adli, William, Roslan, Rashid dan My beloved hubby Mohd Jaraod..







Ini sebenarnya geng 6 jahanam. Ha ha ha. Memang jahanam IPDA dibuatnya. Sebab itu semua pensyarah botak dibuat angkara kami. Yang berdiri tu Roslan... Ketua kelas.. Tudung purple tu .. akulah Penolong ketua kelas yang vogue ( Jangan mare )... Yang 3 orang tu.... he he he.. Ada sorang lagi, nanti aku upload gambarnya.



Inilah pasangan suami isteri yang membuatkan orang lain nak balik kampung setiap hujung minggu. Cemburulah katakan....
Kitaorang kalau gi kuliah naik motor, jarang berkereta. Tu yang menyebabkan oranglain cemburu. Pensyarah pun cemburu. He he. he. Nanti saya uploadkan motor kitaorang. Kalau jumpa gambarnya... Kay

Nilah rakan-rakan wanita. Maziah, Kak Ta, manisah, Kak g, Saddy, Aku, Nor dan sorang lagi tu bukan wanita.




Sambil belajar, sambil makan-makan. Ada banyak lagi gambar makan-makan kitaorang. Yang nampak tangan tu, my cik abanglah