Halaman

Selasa, 15 Jun 2010

PHEEEEH......

Pheh...
Sejak Jumaat 11Jun.. Aku.. suami.. anak-anak dan mak terus-terusan ke sana kemari.
Penatnya..
Tapi tak pe kan bang.. asalkan anak-anak gembira, mak gembira...
Poket kita je tak gembira...
Hari ni... Kereta kita gembira sebab boleh berehat.
Alamak... esok nak kena pergi sekolah..
Macam malas je...
Khamis 17 hb Jun kena bertugas lah pulak...
Nak buat macamana... Liku yang kena dilalui oleh pentadbir..

Isnin, 31 Mei 2010

Berita Sedih...

'Salam kak...... Nak bagitau ...... dapat pindah ke terengganu. Macamana ya nak bagitau mak.. Biar mak tak rasa sedih...'
Dik... kau adik lelaki akak. Kau anak lelaki emak. Emak dah semakin tua.. Masa kita bersama dia dah semakin pendek. Tapi kau membuat pilihan untuk lebih jauh dari mak. Kedudukan isteri adalah dimana suaminya berada kan... Tapi akak tak faham kenapa kau yang mesti mengikut ke mana isteri kau nak pergi...
Akak tak nampak langsung.. apa kepentingan isteri balik ke terengganu. Mak dia? Mak dia ada di sinikan bukan di terengganu. Adik beradik dia pun semua di sini...
Adik... jangan buat keputusan yang salah dan menyesal di kemudian hari...
Cuma akak nak tanya... di mana janji isteri kau pada akak yang tidak akan memisahkan mak dan anak.. Akak rasa kau sekarang tak ubah macam orang gaji... alias bibik . yang membezakan ialah kau bibik tanpa gaji

Sabtu, 1 Mei 2010

BATAS PERGAULAN


Pergaulan antara lelaki dan perempuan merujuk kepada percampuran lelaki atau perempuan, mahram atau ajnabi dalam satu tempat. Disini mereka bertemu, bercakap, bertegur sapa bertentang mata dan sebagainya. Topik ini dikhususkan dalam konteks pergaulan lelaki ajnabi dengan perempuan ajnabiyah.
Perkataan ajnabi dan ajnabiyah merujuk kepada lelaki dan perempuan yang halal berkahwin antara satu sama lain.

Hukum Asal Pergaulan Antara Perempuan Dan Lelaki AjnabiPergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak sama dengan pergaulan sesama lelaki atau sesama perempuan. Pergaulan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan adalah harus. Justeru kedudukan pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi adalah sebaliknya. Ia tidak sewajarnya berlaku berdasarkan hukum yang asal.


Dalil Tegahan




1. Terdapat larangan yang jelas dari Rasulullah supaya wanita tidak bermusafir dan berdua-duaan dengan lelaki tanpa ditemani mahram
2. Wanita tidak diwajibkan berjihad (berperang) kerana Rasulullah menyatakan bahawa jihad wanita ialah mengerjakan haji.
3. Wanita tidak diwajibkan solat berjama’ah kerana ia merupakan majlis perhimpunan ramai yang diberatkan ke atas lelaki.
4. Wanita tidak diwajibkan solat Juma’at kerana kesibukan mereka dengan urusan rumahtangga serta mengelakkan percampuran dengan lelaki yang boleh menimbulkan fitnah.
5. Terdapat hukum khusus bagi wanita untuk mengerjakan haji termasuk ketika mengerjakan ibadah tawaf.
6. Rasulullah melarang kaum wanita berjalan bersama lelaki (bercampur aduk).

Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan BergaulWalaupun hukum asalnya tidak boleh berlaku pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, namun atas beberapa alasan seperti darurat, hajat syar’ie, maslahat atau kerana adat setempat yang diakui oleh syarak maka ia diharuskan. Antara keadaan yang mengharuskan pergaulan lelaki dan perempuan ialah :

1. Harus kerana darurat seperti untuk menyelamatkan maruah seseorang perempuan.

2. Harus kerana hajat seperti dalam kes mualamat, kehakiman, kesaksian dan perbicaraan, tugas penguatkuasaan, melayan dengan tetamu dengan kehadiran suami, penggunaan kenderaan awam seperti bas dan keretapi atas tujuan yang harus, berjihad serta atas tujuan menghadiri kelas bimbingan dan sebagainya.

Pergaulan Lelaki dan Perempuan Masa Kini
Antara bentuk pergaulan yang biasa berlaku dalam masyarakat kini ialah pada majlis-majlis kenduri, pejabat, sekolah, pasar, hosppital, tempat makan, perpustakaan, kawasan rehlah dan sebagainya.

Pergaulan di tempat seperti ini diharuskan dalam Islam asalkan kita berpegang dengan prinsip pergaulan dalam Islam seperti cara berpakaian, percakapan, pandangan mata dan sebagainya. Justeru ia boleh menjadi haram sekiranya kita mendedahkan aurat, mengumpat caci orang, bermegah diri, mengada-ngada semasa bercakap, mengendap orang, hilai ketawa dan sebagainya. Kita juga dilarang duduk berdua-duaan kerana ia membawa kepada kegiatan yang tidak bermoral.

Bercampur Semasa Menuntut Ilmu
Terdapat dua pandangan tentang persoalan ini :

1. Ditegah lelaki dan perempuan belajar bersama-sama kerana Rasulullah mengadakan kelas ilmu yang berbeza untuk lelaki dan perempuan.

2. Diharuskan berdasarkan 2 hujah :

a. Ia termasuk dalam hajat yang dibenarkan oleh syarak. Kedudukan ilmu lebih tinggi berbanding dengan keperluan lain dalam hidup manusia.
b. Hadis berkenaan pengasingan kelas lelaki dan perempuan bukan kerana ia satu kesalahan tetapi kerana permintaan kaum wanita sendiri yang merasakan mereka tidak begitu berpeluang belajar dengan baik dengan kehadiran kaum lelaki.


Berdasarkan keadaan dan hujah yang diberikan, kita menerima pandangan kedua yang lebih logik dan sesuai. Walaubagaimanapun ia mesti berjalan berlandaskan kepada prinsip pergaulan dalam Islam sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Kebanyakan kita sekarang tidak lulus syarat dan peraturan pergaulan dalam Islam. Tepuk dada tanya iman…..

Membosankan?

Penantian merupakan sesuatu yang sangat membosankan.

Menanti....
1. Suamiku
2. Ibuku
3. Adik-adikku....

Esok , ahad nak buat majlis untuk anak sulongku... Muhamad Afiq b. Mohd Jaraod..
Masak2 dan makan2. Kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja.

Kenduri pun tak jugak... Majlis ringkas jer... Anak ibu dah mula melangkah ke alam dewasa.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Diploma seni kulinari. Anak lelaki ibu ni...
Tak apalah , asalkan Afiq akhirnya menjadi manusia yang beriman ya... Apa pun yang Afiq nak jadi mestilah beriman...

Ibu dan ayah sayang Afiq

Jumaat, 30 April 2010

SALAM BUAT SEMUA

Salam...
Dah lama meninggalkan blog ini.
Kini..
Kembali semula bersama cerita baru. Sedih, lucu, gembira..

Aisy dah setahun,
Afiq 12 mei ini akan ke kolej...
Atin dah ke asrama...

Anak-anak dah mula meninggalkan ibu...
Ayun tinggal setahun lagi bersama ibu... 2012 akan tinggalkan ibu juga.
Akid dan Aisy temankan ibu ya...

Sayang... Anak-anak kita dah mula meninggalkan kita....