Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

Minggu Sibuk

Relaks... Tapi sebenarnya sangat sibuk.
Minggu ini aku diamanahkan untuk menjalankan kursus untuk guru-guru baru. Pengetua dan GPK1 dah pesan, untuk kursus ini mereka tak nak guru-guru baru ni dihidangkan dengan ceramah. Ho ho ho. Cabaran untuk aku ni.
Minggu lepas adalah minggu merancang, tanpa pengetahuan suamiku aku aturkan. Setelah yakin, aku cuba utarakan pada syida dan syida kata OK dengan perancangan ku.Semuanya ku atur satu persatu. Dan alhamdullilah walaupun aku bekerja seorang diri, aku mendapat kerjasama yang baik dari orang-orang yang aku perlukan pertolongan.
Malam sebelum kursus berlangsung, aku bentangkan apa yang telah aku rancangkan pada suamiku. Terkejut abang sebab ku lakukan seorang diri dari A hingga Z. Bila 3 kepala bergabung, Aku, Abang dan Afiq.... Sememangnya menghasilkan sesuatu yang aku sendiri tak sangka... BOOM.
Alhamdullilah, kursus yang aku jalankan sangat berjaya bila aku minta salah seorang wakil peserta membuat ucapan penilaian... MEREKA MAHUKAN KURSUS FASA KE 2.....

Terima kasih Abang, terima kasih Afiq... Idea kalian tentang games memang BOOM!!!!!!!
24 Februari 2011 Khamis.
Kepada semua peserta kursus, Syida, Rabunah, Nor Aini.... Kak lia, Mr M, Tuan Pengetua..Hanif, Helmi, Gan , piza dan ina. . . Terima kasih atas kerjasama kalian..

Selasa, 22 Februari 2011

Kenapa Rasa Nak Demam

     Hari ni , dari pagi kepala dah rasa pening. Hidung dah macam masuk air. Dah mula batuk. Kenapa ni.... Memanglah badan penat. Tapi takkanlah sampai nak demam kot. Minggu lepas memang paling sibuk. Sabtu pun hari persekolahan. Sabtu sebelumnya ada merentas desa dan larian mahkota. Ahad , mak wat kenduri doa selamat tapi kecik-kecik jer. Doa selamat untuk adik ipar yang dah nak cukup bulan.
      Sabtu lepas sekolah tunggu abang balik dari sekolah. abang sekolah petang. Sementara tunggu abang balik, aku wat muffin. Banyaklah jugak. Pas maghrib terus gi umah mak. Wat kuih koci. Nasib ada Cik Kam, anak dn menantu dia tolong. Sampai kul satu baru siap. abang tak sihat.Dia tido jer. Esok pagi-pagi mak ajak gi ambik ayam. Taknak aku. Anak lelaki mak kan ramai. Mengalah jugak mak akhirnya....
      Pagi-pagi mak g ambik ayam. Aku pun mulakan tugas , menggoreng mee hoon untuk berkatan. 5 kilo goreng sekali jer. Nak patah pinggang. Hari ini dalam sejarah. Aku leh suruh adik2 ipar aku wat keje. He he he. Aku mana ada adik ipar lelaki. Lepas goreng mee hoon, aku masak nasi ayam,,,, 10 kilo beras. Masak sorang-sorang. Alhamdulillah, Semua siap, termasuk cendul. One women show. Sampai bagi berkat kat tetamu pun aku. Bila tgok orang makan dengan penuh selera... Hilang penat.
      Sekarang ni.. baru le aku rasa penatnya. Semuanya sakit, betis, lengan, kaki. Hu hu hu. Sapa nak urut ni.????????????

Jumaat, 18 Februari 2011

TOLONG DOAKAN...

     Mungkin ini kali pertama aku meluahkan apa yang sedang berlaku. Mungkin remeh pada orang lain tapi sangat berat pada yang menanggungnya. Aku sebenarnya tak sekuat abang. Aku kuat kerana tak nak abang berputus asa.
     Mata abang sekarang dah tak berapa nampak. Mungkin akibat kencing manis dan mungkin juga disebabkan oleh kuatnya abang merokok. Tak kiralah apa pun sebabnya, satu nikmat hidupnya telah mula Allah ambil. Betapa sukarnya, abang menjalani hidupnya... Aku adalah MATANYA. Setiap hari, abang nak lihat wajahku yang katanya dah tidak upaya dia lihat lagi. Saban hari abang bertanya, bolehkah dia pulih seperti dulu??? Jawapanku pastilah BOLEH.... Itulah keyakinanku. Keyakinanku pada Allah. Usaha dan tidak putus asa. Walaupun doktor pakar kata tak ada ubatnya... Doktor bukan tuhan. Dia juga manusia biasa.
      Abang dah tak memandu kereta lagi. Nasib baik abang masih boleh menunggang motosikal.. Bolehlah abang ke tempat kerja... kalau tidak bagaimanalah abang nak ke tempat kerja. Kuatnya keinginan abang nak pulih..selain dari doktor pakar, abang juga tak jemu menggunakan perubatan alternatif.. Tapi mungkin belum jumpa yang serasi atau mungkin Allah masih nak menguji... Sabar ya bang... Insyallah.. Pasti abang akan kembali pulih seperti biasa... Cuma akhir-akhir ini aku semakin risau sebab abang dah banyak tersandung bila berjalan... Abang mesti kuat ya... Kuat untuk ayang dan anak-anak... Untuk Aisy ye sayang....
      Kepada rakan dan sahabat atau siapa sahaja yang membaca... Please .. Tolong doakan untuk abang.. tolong doakan untuk suami ku...Tolong doakan agar penglihatannya pulih kembali... Budi baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya...



AIR TANGAN UNTUK INSAN KESAYANGANKU...

Abang suka sangat.... Anak-anak pun suka.Kedai roti leh tutup ni.. He he he . Tahu abang perli tu..


Buat khas untuk Atin di Asrama. Tak balik..Tapi kena pi jengok jugak.Tapi tak apalah.. tuk anak jugak.


 Ayam siap penyek lagi. Hu hu hu


Buat ni sebagai bekalan masa nak hantar abang gi hospital. Hish hish. Dah sejuk pun lembut lagi, walaupun tak serupa yang dijual. Bila cakap macam tu dengan abang... Best jer abang jawab. Kalau semua ayang dah pandai wat macam diaorang.. alamat gulung tikarlah.. tak leh cari makan. Tul jugakkan... Untuk family tersayang pun dah okay kan...


 Dari jarak dekat. Kira okaylah..
 Ni Roti inti kelapa. Permintaan khas dari abang. Mesti ditunaikan. Sekarang ni kita asyik makan roti je kan. Hu hu hu

 Roti Bun Coklat. Gebuskan.... He he he tak sempat sejuk. Licin. Hilang penat..

Selasa, 1 Februari 2011

1 Februari

       Genap 19 tahun kami diijabkabulkan. Pelbagai rintangan diharungi. Pelbagai suka duka, pahit manis, derita bahagia dikongsi bersama-sama. Benarlah... semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak semua yang kita lihat pahit adalah pahit. Tak semua yang kelihatan manis adalah manis.


       Alhamdullilah, aku terus berpeluang merasai cinta dan kasih sayang seorang suami yang sedikit pun tidak berkurang, malahan semakin menebal. Kehangatan jari jemarinya lebih dari masa kali pertama dia menyentuh jari jemariku. Terimakasih Ya Allah dengan kurniaan yang kau beri pada ku...
     
       Syg... happy anniversarry utk kita yg ke 19. Smoga kta ttp kekal brsama dunia akhirat.Abg syg ayg selamanya, dlm hidup dn matiku, dlm tido dn jagaku. Love u..... Inilah message yang ku terima seawal pagi. Dan akulah isteri yang paling bahagia... Bukan hadiah yang ku harapkan. Ucapan ini sudah cukup dan terlalu besar. Ayang... Bila ayang senyum atau ketawa, itulah ubat duka abang.. Hilang semua masalah abang ... Dan satu yang perlu abang tahu.. bila abang tersenyum... bila abang ketawa , ayang telah melihat syurga..

TERIMA KASIH SAYANG KERANA MENYAYANGI AYANG, TERIMA KASIH ABANG KERANA TERUS MENCINTAI AYANG, TERIMA KASIH ABANG KERANA TERUS MENGIZINKAN AYANG BERADA DI SISI ABANG AN MENGIZINKAN AYANG TERUS MEMELUK ABANG.... AYANG CINTAKAN ABANG DUNIA AKHIRAT