Wahiduzzaman , cinta ke empat kami... Lahir pada 14 Januari 2000. Sangkanya inilah yang terakhir.. rupanya tidak. Baby.. Akid.. Sekarang dah tak boleh panggil baby lagi sebab akid dah ada baby....
Pemikirannya tak tercapai akalku...
Amirah Fatin dilahirkan pada 24 Mei 1997. Sekarang dah di tahun 6. UPSR tahun ni...
Suka melawa. Ada sahaja fesyen yang digayakan. Kena pulak tu.... tak nak lah jadi model ya.. Ibu nak adik jadi ustazah
Khairunnisa'..... Sebaik-baik wanita. Seindah namanya. 25 November 1994. Anakku yang sangat ku banggakan. Prihatin, bertanggungjawab dan walaupun baru di tingkatan 3, dia bersikap dewasa. Dia membuktikan dia adalah wanita...
Muhamad Afiq.. Putera sulong kami. Lahir pada 19 November 1992. Dengan berat 1.75 kilo secara pembedahan kerana aku ada masalah semasa mengandungkannya.
Bertanggungjawab tapi masih keanak-anakkan... Tak apalah moga kau cepat dewasa...
Anak-anakku... Semoga Allah merahmati, memberkati dan memberi rezeki yang melimpahruah di sepanjang hidupmu. Jangan sesekali kau berpaling dari jalan Allah... Hidupkan hati mu sentiasa dengan mengingati Allah... andainya ibu tak sempat melihat kalian dewasa.. Ibu harap kalian sentiasa ingat pesanan ibu... didikan ibu... Jangan sesekali melupai Allah. Apa sahaja yang Allah beri.. adalah yang terbaik buat diri kita. Berdikari, percaya kepada kemampuan diri kita, jangan mudah mengalah , bersungguh-sungguh dan yakinlah , kejayaan adalah milik kita. Mudah-mudahan anak-anak ibu berjaya di dunia dan di akhirat... Ibu telah mengampuni kalian , apa pun dosa yang telah, sedang dan akan kalian lakukan pada ibu... kalian tiada dosa pada ibu....
Ibu sangat mencintai kalian.... Kalianlah yang menyebabkan ibu sentiasa hidup...
yg pakai topi tu handsome la i like
BalasPadam