Halaman

Memaparkan catatan dengan label ~ TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~ TAZKIRAH. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2011

ADAKAH AKU INSAN PILIHAN ALLAH

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi !
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Selasa, 29 Mac 2011

UBATILAH HATI

Kadangkala hati kita ini berpenyakit tetapi kita langsung tak menyedarinya. Sakit yang dimaksudkan bukanlah sepertimana sakitnya ketika tahap kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang kita gunakan tidak seperti yang dijanjikan ataupun sakitnya hati ketikamana pada hujung-hujung tahun begini syarikat kita bekerja tidak memberikan bonus. Sakit disini adalah berkenaan dengan rohani yang mana membenihkan perbuatan-perbuatan mazmuhah pada diri seseorang .Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hati kita sekarang ini berpenyakit ialah apabila beberapa sikap ini ada pada kita :
  • Buruk Sangka
  • Sombong
  • Mudah Marah
  • Riya’
  • Hasad Dengki
  • Munafik
  • Mengumpat
  • Bakhil
  • Berat untuk melakukan ibadah
Bila berbicara tentang permasalahan hati, tentu kita takkan lupa sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Ketahuilah daging tersebut ialah hati”
Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir.
Jika H1N1 merebak melalui virus maka hati-hati yang sakit juga disebabkan oleh virus-virus tersendiri. Antara virus yang dikenalpasti menjadi racun kepada hati ialah apabila kita berlebih-lebihan dalam pergaulan dimana kita melampaui batas sewaktu menutur kata sehingga tak berupaya mengawal lidah dari mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.
Gagal mengawal pancaindera dari melihat perkara-perkara yang haram juga merupakan racun yang melumpuhkan hati. Begitu juga dengan kegagalan mengawal kehendak perut sehingga kita selalu berada di dalam keadaan kekenyangan. Cuba koreksi diri kita sekarang. Apakah virus-virus yang disebutkan ini telah menular dalam diri kita?
Jika ada , sebaiknya kita rawat secepat mungkin sebelum menjadi lebih parah. Disini ada sedikit tips dari Ustazah Cakar Harimau, Dato’ Siti Norbahyah Mahmood yang dipetik dari majalah Solusi (#8). Antara yang dianjurkan ialah :
Sentiasa Berbaik Sangka
Antara langkah berbaik sangka seperti hadapi kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan rela hati dan elakkan menyombong dan meninggi diri.
Buang Segala Sikap Hasad Dengki
Hapuskan sikap hasad dengki terhadap insan lain. Hidup tidak akan tenang selagi sikap mazmumah tersebut tertanam di dasar hati. Lihatlah orang yang sentiasa hasad dengki terhadap orang lain, akan menyebabkan orang itu sentiasa mencari jalan melakukan kejahatan kepada orang lain. Mereka suka mengumpat dan menjadi batu api.
Senyumlah!
Senyumlah agar dunia turut tersenyum kepada kamu. Namun, perlu diingat senyum itu memang sedekah tetapi janganlah disalahgunakan untuk memancing maksiat pula. Selain itu senyum juga meransang wajah sentiasa awet muda. Jadi, senyumlah selalu!
Gemar Menghadiri Majlis Ilmu
Orang yang gemar menghadiri majlis ilmu akan dirahmati Allah swt dan hidupnya sentiasa dinaungi para malaikat. Majlis ilmu seperti majlis zikrullah, majlis tilawah al-Quran, ceramah agama, multaqa’ ulama dan sebagainya.
Hiasi Diri Dengan Sikap Ikhlas
Ikhlas dalam mengerjakan ibadah dan kebajikan hanya kerana Allah swt serta mengharapkan keredaan-Nya. Jauhi dari mendambakan pujian atau kemasyhuran manusia. Niat yang benar menentukan keikhlasan kita.
Seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA juga ada memberikan nasihat berkenaan kaedah untuk ubat hati: Nasihatnya berbunyi:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

NABI MUHAMMAD S.A.W BARING ATAS RIBAAN AISHAH A.S


Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.
Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.
Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.


Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma’bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis. 


Artikel ini diolah dari tulisan Al-Fadhil Ustaz Wan Ji Al Bakistani. Beliau adalah ulama muda yang gigih berdakwah melalui lisan dan tulisan. Tulisan-tulisan beliau boleh dicapai melalui blognya di http://g-82.blogspot.com/  - Abi Muslih

MUSTAJABNYA DOA SEORANG IBU


Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.

  • Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
  • Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan. 
  • Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
  • Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
  • Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
  • Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh. 
 Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

Sabtu, 1 Mei 2010

BATAS PERGAULAN


Pergaulan antara lelaki dan perempuan merujuk kepada percampuran lelaki atau perempuan, mahram atau ajnabi dalam satu tempat. Disini mereka bertemu, bercakap, bertegur sapa bertentang mata dan sebagainya. Topik ini dikhususkan dalam konteks pergaulan lelaki ajnabi dengan perempuan ajnabiyah.
Perkataan ajnabi dan ajnabiyah merujuk kepada lelaki dan perempuan yang halal berkahwin antara satu sama lain.

Hukum Asal Pergaulan Antara Perempuan Dan Lelaki AjnabiPergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak sama dengan pergaulan sesama lelaki atau sesama perempuan. Pergaulan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan adalah harus. Justeru kedudukan pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi adalah sebaliknya. Ia tidak sewajarnya berlaku berdasarkan hukum yang asal.


Dalil Tegahan




1. Terdapat larangan yang jelas dari Rasulullah supaya wanita tidak bermusafir dan berdua-duaan dengan lelaki tanpa ditemani mahram
2. Wanita tidak diwajibkan berjihad (berperang) kerana Rasulullah menyatakan bahawa jihad wanita ialah mengerjakan haji.
3. Wanita tidak diwajibkan solat berjama’ah kerana ia merupakan majlis perhimpunan ramai yang diberatkan ke atas lelaki.
4. Wanita tidak diwajibkan solat Juma’at kerana kesibukan mereka dengan urusan rumahtangga serta mengelakkan percampuran dengan lelaki yang boleh menimbulkan fitnah.
5. Terdapat hukum khusus bagi wanita untuk mengerjakan haji termasuk ketika mengerjakan ibadah tawaf.
6. Rasulullah melarang kaum wanita berjalan bersama lelaki (bercampur aduk).

Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan BergaulWalaupun hukum asalnya tidak boleh berlaku pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, namun atas beberapa alasan seperti darurat, hajat syar’ie, maslahat atau kerana adat setempat yang diakui oleh syarak maka ia diharuskan. Antara keadaan yang mengharuskan pergaulan lelaki dan perempuan ialah :

1. Harus kerana darurat seperti untuk menyelamatkan maruah seseorang perempuan.

2. Harus kerana hajat seperti dalam kes mualamat, kehakiman, kesaksian dan perbicaraan, tugas penguatkuasaan, melayan dengan tetamu dengan kehadiran suami, penggunaan kenderaan awam seperti bas dan keretapi atas tujuan yang harus, berjihad serta atas tujuan menghadiri kelas bimbingan dan sebagainya.

Pergaulan Lelaki dan Perempuan Masa Kini
Antara bentuk pergaulan yang biasa berlaku dalam masyarakat kini ialah pada majlis-majlis kenduri, pejabat, sekolah, pasar, hosppital, tempat makan, perpustakaan, kawasan rehlah dan sebagainya.

Pergaulan di tempat seperti ini diharuskan dalam Islam asalkan kita berpegang dengan prinsip pergaulan dalam Islam seperti cara berpakaian, percakapan, pandangan mata dan sebagainya. Justeru ia boleh menjadi haram sekiranya kita mendedahkan aurat, mengumpat caci orang, bermegah diri, mengada-ngada semasa bercakap, mengendap orang, hilai ketawa dan sebagainya. Kita juga dilarang duduk berdua-duaan kerana ia membawa kepada kegiatan yang tidak bermoral.

Bercampur Semasa Menuntut Ilmu
Terdapat dua pandangan tentang persoalan ini :

1. Ditegah lelaki dan perempuan belajar bersama-sama kerana Rasulullah mengadakan kelas ilmu yang berbeza untuk lelaki dan perempuan.

2. Diharuskan berdasarkan 2 hujah :

a. Ia termasuk dalam hajat yang dibenarkan oleh syarak. Kedudukan ilmu lebih tinggi berbanding dengan keperluan lain dalam hidup manusia.
b. Hadis berkenaan pengasingan kelas lelaki dan perempuan bukan kerana ia satu kesalahan tetapi kerana permintaan kaum wanita sendiri yang merasakan mereka tidak begitu berpeluang belajar dengan baik dengan kehadiran kaum lelaki.


Berdasarkan keadaan dan hujah yang diberikan, kita menerima pandangan kedua yang lebih logik dan sesuai. Walaubagaimanapun ia mesti berjalan berlandaskan kepada prinsip pergaulan dalam Islam sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Kebanyakan kita sekarang tidak lulus syarat dan peraturan pergaulan dalam Islam. Tepuk dada tanya iman…..

Khamis, 7 Mei 2009

KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN

(Dipetik dari buku “Amalan harian sepanjang zaman” oleh Al Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus)

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran - Dalam sembahyang - 100 kebajikan. Di luar sembahyang berwudhu’ - 50 kebajikan, Tanpa wudhu’ - 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.
7. Keselamatan daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
12. Pembaca dimasukan ke dalam golongan Siddiqin’ Syuhada’ dan Solihin.
13. Membaca Al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.
15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
16. Jika dibaca dirumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.


17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20. Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 raka’at.
21. Mempelajari dan membaca Al-Quran mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
22. Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.
23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Masa-masa yang diutamakan membaca Al-Quran
1. Di waktu tengah malam sehingga fajar, adalah paling utama.
2. Di antara Maghrib dan Isya’.
3. Sesudah sembahyang Subuh.

Bacaan Al-Quran pada masa tertentu mengikut sunnah

A. Tiap-tiap pagi dan petang
1. Al-Ikhlas - menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akandibina sebuah istana di syurga;
2. Al-Falaq - dibaca 3 kali untuk perlindungan dari bencana dan segala perkara yang tidak diingini;
3. An-Naas - sama seperti A-Falaq;
4. Ayatul Kursi (Al-Baqarah - 255) - pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan dimasukkan ke syurga, setiap huruf 1000 keberkatan dan mendapat 1000 rahmat;
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) - untuk keselamatan;
6. Al-Hasyr ayat 21-24 (Juz 28 surah 59) - apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan mendapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu, akan perolehi syurga.

B. Tiap-tiap malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 surah 36) - Hati Al-Quran, pembacanya akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir mati akan memudahkan pertemuannya dengan Allah; jika dibaca atas kubur akan diringankan siksa kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakannya.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 surah 44) - pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun ke atasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 surah 75)
4. Al-Zalzalah (juz 30 surah 99) - pahala membaca seumpama separuh Al-Quran.
5. Al-Ikhlas
6. Al-Imran ayat 190-200 (juz 4 surah 3) - dibaca pada malam hari akan diberi pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 surah 1) - diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan segala bencana.

C. Sebelum tidur
1. Al-Fatihah - pahala membacanya memenuhi timbangan amal, menutup segala pintu neraka, dikatakan sama dengan dua pertiga Al-Quran dan 70 kali ganda ayat lain;
2. Bismillah - dibaca 21 kali sebelum tidur akan memberi keselamatan kepadanya; setiap huruf diberi 4000 kebajikan dan dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat;
3. Al-Mulk (Juz 29 surah 67) - diberi syufaat dan diampunkan dosa, pahala sama 60 kebajikan dan dijauhi seksa kubur;
4. As Sajdah (juz 21 surah 32) - diberi naungan di hari Kiamat; 60 darjat daripada surah lain;
5. Al Kaafirun - menyamai satu perempat Al-Quran, akan dilepaskan dari azab neraka.


D. Bacaan pada setiap malam dan siang

1. Yassin;
2. Al Mulk;
3. Al Waaqiah - (Juz 27 surah 56) - dijauhi kepapaan;
4. Ad Dukhan


E. Tingkatan pembaca Al-Quran

1. Jutawan - membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam;
2. Jayawan - membaca 200 hingga 299 ayat;
3. Setiawan - membaca 100 hingga 199 ayat;
4. Pemelihara - membaca 50 hingga 99 ayat;
5. Yang ingat - membaca 10 hingga 49 ayat;
6. Yang lalai - membaca 0 hingga 9 ayat.

E. Keutamaan surah-surah lain
1. Ali-Imran - jika dibaca bersama Al Baqarah akan mendapat pembelaan di hari kiamat dan dikira sebaik-baik perbendaharaan; jika dibaca pada hari Jumaat akan didoakan oleh malaikat sehingga malamnya;
2. Al-Hasyr - jika dibaca sebelum tidur dan mati pada malam itu, mendapat pahala mati syahid.
3. A’la (juz 30 surah 100) - menyamai separuh Al-Quran;
4. An Nasr (juz 30 surah 110) - menyamai seperempat Al-Quran;

KEBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang
v Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
v Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
v Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
v Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
v Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
v Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
v Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
v Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
v Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam
v Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
v Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
v Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
v Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
v Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
v Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
v Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
v Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
v Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
v Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba,
Ø Tiupan 11 - Hancur,
Ø Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
v Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
v Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
v Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
v Ayat 76 Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
v Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
v Ayat 78 - 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
v Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
v Ayat 82 - Untuk Hajat Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air 100x) Dan berdoa apa sahaja hajat Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

-----------------------------------------------------------------
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
----------------------------------------------------------------------
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
v Yasin is the jantung of Al-Quran
v Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
v Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
Ø Child is sick
Ø Feeling troubled.
Ø Memudahkan urusan
Ø Memudahkan perjalanan
Ø As selusoh (to ease pain when giving birth)
§ Read Yasin 3x over water
§ Read 3 Qul (three times each)
§ Fatihah
v Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10x
v Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnyasekali, sekira
v Mati dalam tidur, dosa diampunkan.


Ayat 9 - "Wajaalna...."
v Lindungi rumah dari pencuri, baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
v Lindungi diri dari dianiaya
v Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
o Baca Ayat 9
o Fatihah
o Read 3 Qul (three times each)
o Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak
menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh:
v Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
v Ya Wadud (3x)


Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota, tak tenang hati
Baca 7 x dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
v Tulang patah
v Sakit sendi
v Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
v Jika mandul
v Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
v Sembahyang tahjud
v Sembahyang hajat
v Doa minta hajat
v Baca ayat 100 x dengan yakin
v Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
v Seperti di atas
v Bila baca ayat, tiup dalam air
v Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum
v makan/minum benda lain
v Doa sambil minum
v Untuk 41 pagi

Dalam YASSIN merangkum:
v Ilmu Pertanian
v Ilmu Falak
v Ilmu Laut
v Ilmu Kiamat
v Ilmu Ciptaan Manusia
v Ilmu Binatang
v Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur(terutama ayat 12).

2 sebab kenapa kita perlu baca:
v agar orang yang sakit berada dalam kesenangan, dan
v orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua.

Ahad, 3 Mei 2009

Hak Seorang Wanita Dalam Islam

Wanita dalam Islam sangat dihargai dan dihormati, sangat berbeza dari anggapan yang tidak benar dan menyimpang yang tersebar luas di antara para non muslim di seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat, amnya. Tidak dapat kita nafikan, wanita adalah makhluk Allah SWT yang sangat istimewa kerana terdapat surah yang khusus untuk wanita di dalam al-Quran, iaitu surah yang ke 4 daripada 114 surah al-Quran yang di sebut surah An-Nisaa'.Sebelum datangnya Islam, wanita secara umum tidak dianggap kewujudannya dalam banyak masyarakat di seluruh dunia. Sebenarnya, ia memerlukan waktu berabad-abad lamanya bagi wanita untuk memperoleh hak-hak yang setara dengan lelaki, setidaknya secara teori, jika bukan dalam praktik. Tapi perjuangan untuk mendapatkan kesetaraan gender yang sepenuhnya belum lagi berakhir. Dalam perjuangan ini, banyak pihak yang menunjuk Islam sebagai salah satu penghalang terbesar bagi pemenuhan hak-hak perempuan. Tapi, jika kita mencarinya dalam Qur’an, tampaknya bukan itu masalahnya. Masalahnya terletak pada adat istiadat konservatif tradisional yang ada dalam masyarakat yang tidak menerapkan visi Qur’an tentang tingginya martabat kaum wanita. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim (kekeluargaan) . Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisaa', ayat 1)