Halaman

Sabtu, 30 Mei 2009

DI MANAKAN KU CARI GANTI DIRIMU SAYANG

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.
Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
.
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
.
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Tetap kau jua
Tak kunjung jelma
.
Dimana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

Sabtu, 9 Mei 2009

MESSAGE BUATKU DARI INSAN TERISTIMEWA


Sayang..

Selamat Hari Ibu. Terimakasih kerana menjadi ibu kepada anak-anak abang. Ayang adalah ibu yang sempurna dunia akhirat. Abang cintakan ayang dunia akhirat.

Selamat Hari Ibu,

Bidadariku.....


Terimakasih Suamiku..

Tanpamu takkan mungkin aku bergelar ibu....

Ayang cintakan abang dunia akhirat..

SELAMAT HARI IBU BUAT INSAN BERGELAR IBU


Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
embira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun,
terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini